1. Dimensi kotak tidak melebihi kategori yang ditetapkan dan berat setiap kotak tidak boleh melebihi 25Kg. (akan dikenakan caj ekstra sebanyak 5€/kg sekiranya melebihi dimensi dan berat)
  2. Harga asas yang ditetapkan adalah berdasarkan jumlah isi padu setiap kotak (cubic feet). Had berat yang ditetapkan pada kadar 25Kg adalah atas faktor kebajikan pekerja kami. Kotak yang berat akan menyukarkan pengurusan dan proses logistik.
  3. Harga pada simulator valid untuk penghantaran sekurang-kurangnya 2 kotak
  4. Barangan yang mudah pecah hendaklah dibalut dengan bahan serap hentakan dan diletakkan dibahagian tengah kotak (Pihak ARIF tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan barang yang mudah pecah).
  5. Ruang-ruang kosong di dalam kotak perlulah diisi dengan gumpalan akhbar atau kain utk mengelakkan barang-barang di dalam kotak bergerak dan bagi memastikan kotak lebih tahan daripada kemek dan bolos.
  6. Adalah dinasihatkan tidak mengisi kotak dengan sepenuhnya buku, hal ini merbahaya kepada pekerja yang akan mengangkat kotak.
  7. Dinasihatkan supaya anda meletakkan buku di dalam kotak yang kecil (cth: 35x35x35 cm) sekiranya ingin memenuhkan kotak dengan hanya buku. Hal ini untuk memudahkan pekerja mengangkat kotak tersebut dan mengelakkan kotak koyak.
  8. “Odd item” seperti televisyen (item yang besar) akan dikenakan cas tambahan 10 Euros.
  9. Sila pastikan anda mengisi borang “List barang” yang boleh dimuat turun daripada laman web ini. Hal ini bagi memudahkan urusan kastam. (Kami tidak akan membayar wang denda/cukai sekiranya barang tersebut ditahan pihak kastam.)
  10. Adalah dinasihatkan menggunakan kotak dwi-lapsian (double cannelure) atau lebih supaya kotak lebih tahan.
  11. Pastikan kotak anda di’seal’ dgn rapi (sangat di nasihatkan untuk membalut kotak menggunkan “stretch-film” (boleh google*) untuk elakkan daripada pecah dan rosak).
  12. Kotak anda akan melalui perjalanan yang jauh dan berkemungkinan diuruskan oleh syarikat courier (UPS, DHL, TNT, Pos Laju dan lain-lain).
  13. Kotak yang pecah semasa di pusat pengumpulan akan dikenakan caj baik pulih 10€ untuk satu kotak (atas persetujuan penghantar – sekiranya mahu kotak dibalut semula dan dibaiki).
  14. Pihak ARIF sama sekali tidak akan bertanggungjawab kepada kotak yang tidak dibalut dengan rapi (koyak, barang tercicir).
  15. Sila pastikan anda mengisi dan menampal detail destinasi yang telah di muat turun di sisi setiap kotak anda dengan jelas dan kemas, perlu bagi anda untuk memasukannye ke dalam sampul yang kalis air agar tidak tercicir dan basah.
  16. Tarikh pungutan mestilah dibuat pada hari bekerja (Isnin-Jumaat Sahaja)
  17. Jangkaan barang tiba di destinasi pilihan anda adalah minima 10 minggu dan tidak lebih daripada 22 minggu. Sekiranya kotak anda tidak sampai dalam tempoh dijanjikan, sila hubungi wakil ARIF Kargo untuk tunjuan laporan dan tuntutan.
  18. Sebarang persoalan yang bermain di fikiran anda berkaitan dengan penghantaran barang-barang anda ke malaysia, bole menghubungi wakil ARIF Kargo, saudara Abuzar : +33750853180, insyaAllah.